testing

Kuala Lumpur: Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara mencatatkan 4.5 juta semalam berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena cuti perayaan Deepavali serta hujung minggu. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, aliran trafik berkenaan adalah sama seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu. Menurutnya, berdasarkan rekod, aliran trafik di lebuh raya pada Deepavali iaitu Khamis lalu dan hari sebelumnya merekodkan 3.5 juta dan 4.4 juta kenderaan. "Mengikut data direkodkan semalam, tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara Selatan merekodkan 1,270,145 kenderaan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (183,087) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (68,088). "Tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan berbanding 18 Oktober lalu bertujuan mendapatkan trend trafik sempena cuti panjang," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mat Kassim berkata, Plaza Tol Gombak menunjukkan peningkatan kenderaan sebanyak 57.61 peratus iaitu 110,820 berbanding 70,312 kenderaan pada 18 Oktober lalu. "Plaza Tol Jalan Duta menunjukkan peningkatan 11.98 peratus iaitu 64,439 semalam berbanding 57,544 kenderaan pada 18 Oktober lalu, manakala Plaza Tol Sungai Besi meningkat 1.79 peratus iaitu 41,655 berbanding 40,924 kenderaan. "Plaza Tol Skudai meningkat sebanyak 37.53 peratus iaitu 28,859 berbanding 20,984 kenderaan dan Plaza Tol Juru meningkat 16.87 peratus dengan47,894 berbanding 40,980 kenderaan. "Plaza Tol Bentong turut menunjukkan peningkatan 54.36 peratus dengan 72,267 berbanding 46,816 kenderaan, manakala Plaza Tol Karak merekod peningkatan 62.51 peratus iaitu 22,589 berbanding 13,900 kenderaan sebelum ini," katanya. Beliau berkata, tiada kesesakan luar biasa dikesan di semua sektor lebuh raya setakat ini. "Terdapat kesesakan yang dikesan di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri berikutan lambakan kenderaan yang bergerak susulan kebenaran rentas negeri dan cuti panjang. "Bagaimanapun, kawalan lalu lintas di peringkat kontinjen dan daerah dilaksanakan bagi memberikan keselesaan dan menyuraikan kesesakan lalu lintas. "Tindakan berterusan akan dilakukan menerusi pemantauan melalui Op Lancar dan penguatkuasaan penuh," katanya. Disiarkan pada: November 7, 2021 @ 2:55pm Artikel Berkaitan

Comments

Popular posts from this blog

testing 2

TESTING 3