testing 2
Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan kajian menggunakan Ivermectin dalam kalangan kontak rapat kes indeks Covid-19 yang berusia 18 tahun ke atas. Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR), Dr Kalaiarasu M Pearisamy berkata, kajian itu membolehkan pihaknya mengetahui sama ada penggunaan Ivermectin berkesan mencegah kontak rapat daripada dijangkiti Covid-19 atau tidak. Bagaimanapun, Dr Kalaiarasu berkata pihaknya kini masih menunggu kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk melaksanakan kajian berkenaan. "Diharapkan kajian ini dapat dilaksanakan secepat mungkin seawal bulan Disember, kita memerlukan 300 sampel untuk melaksanakan kajian ini di empat negeri terpilih membabitkan 10 fasiliti kesihatan di beberapa daerah di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis," katanya. Beliau berkata demikian dalam sesi libat urus bersama media mengenai Kajian Keberkesanan Rawatan Ivermectin kepada Penyakit Covid-19 dalam kalangan p
Comments
Post a Comment